Satu tauladan yang sangat tinggi dan luar biasa. Sangat beruntung bagi mereka yang dapat mengikuti sepuluh peratus daripadanya. InsyaAllah akan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam rumahtangga pada abad ini. Usahakan ukuti kisah ini.
Sejak akhir-akhir ini ramai sangat wanita yang bergelar isteri meminta itu dan ini kepada suaminya. Mohon dibelikan itu dan dibelikan ini. Kalau lambat sahaja membelikan sesuatu, pasti kepulangan disambut dengan air muka masam dan mencuka. Jadi dimanakah contoh akhlak yang diambil oleh muslimah hari ini. Ayuh ikuti cara hidup Siti Aishah dan Isteri-isteri RasuluLlah saw. Isteri yang baik, mereka akan banyak melapangkan masa kepada diri suami untuk berkhidmat untuk suami berkhidmat kepada masyarakat dalam usaha menyebarluaskan agama Allah yang dibawa oleh RasuluLlah saw.
Jadi ayuh bersabrlah wahai wanita alias isteri, bayangkan betapa sabarnya RasuluLlah saw. bersama ahli keluarganya dalam menghadapi dugaan dan kesulitaan dalam hidup. Semua ini adalah sebagai ibrah kepada kita sebagai umatnya. Bayangkan sembilan buah rumah, kesemuanya tenang dan sabar dalam menghadapi keadaan ini demi mengutamakan dunia akhirat daripada dunia semata-mata.
Mari kita hayati maksud hadits yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ini: "daripada 'Urwah daripada Aisyah r.ha, bahawasanya Aisyah r.ha pernah berkata kepada 'Urwah bin Zubair; "Demi Allah, hai anak saudaraku, sesungguhnya pernah kami melihat anak bulan, kemudian melihat pula anak bulan yang lain dan kemudian melihat pulabanak bulan berikutnya, iaitu tiga kali melihat anak bulan bererti sudah dua bulan penuh masuk ke tiga bulan, sedangkan di rumah-rumah keluarga RasuluLlah saw tidak pernag dinyalakan api (masak sesuatu). Saya ('Urwah) bertanya; "Hai emak saudarku, maka apakah yang menjadi makanan dalam kehidupan keluarga RasuLullah?". Aisyah r.ha lalu menjawab; "Hanyalah dua benda sahaja, iaitu buah tamar dan air sejuk, dan hanya sahaja RasuluLlah saw mempunyai beberapa orang jiran daripada kalangan orang-orang Ansor, mereka mempunyai beberapa ekor unta yang diperah susunya dan dari semasa ke semasa dihantar susu tersebut ke rumah RasuLlah saw sebagai minuman kami".rkhidmat


![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/t24_au_en_usoz_2.gif)
Post a Comment