Salam sejahtera untuk sahabat pembaca sekalian.
Proses penyembuhan dan membentuk diri agar sentiasa sihat memerlukan kepada pemakanan yang seimbang. Ramai ahli perubatan berpendapat, kesihatan jasmani dan rohani adalah hasil dari interaksi pelbagai unsur di dalam diri manusia. Sebab manusia hasil ciptaan Allah amat berhubungkait dengan alam semesta. Oleh itu manusia dan Alam tidak boleh berpisah. Unik sangat ciptaan Allah ini.
Allah subhanahu wataala ada berfirman di dalam surah al-Insyirah dalam ayat yang ke lima; "Sesungguhnya setelah kesulitan itu ada kemudahan". Ingat! Dengan kesulitan yang sedang dialami pasti Allah memberikan keringanan dan penderitaan yang sedang dialami akan diringankan. Jadi usahalah dengan sebaiknya dan pasti Allah akan memberikan penawar serta penyelesaiannya.
Perubatan holistik merupakan wadah kepada penyembuhan yang paling berkesan dan tidak meninggalkan kesan sampingan. Rawatan yang murah dan terbukti bermanfaat kepada diri. Maka sebaiknya kita menjaga makan minum, kebersihan diri dan persekitaran. Makan minum yang mengandungi nutrisi yang cukup lengkap. InsyaAllah kita akan sihat sentiasa.
Kita kena ingat, manusia dibentuk oleh Allah dengan keadaan 70 peratus daripadanya ialah air. Jadi perbanyakkan minum air, lebih-lebih lagi bagi mereka yang bertugas di dalam keadaan seluruhnya diliputi alat penghawa dingin. Awas, kekurangan air mengganggu kelancaran tubuh berfungsi, disebabkan hal itu kesihatan akan terjejas. Penyakit juga akan mudah menyerang disebabkan kekurangan pengambilan air dan juga ambil air yang tercemar ataunyang tidak dirawat. Oleh yang demikian, sila pastikan air yang kita gunakan itu air yang bersih dari pelbagai unsur yang tidak baik. Air yang berada dinadalm tubuh memaikkan peranan dan fungsi. Antaranya membawa nutrien ke seluruh organ serta meneutralkan racun di dalam tubuh serta menstabilkan suhu badan.
Ingat ya! air yang digunakan oleh tubuh bukan sahaja hasil dari minuman yang diambil dan perlu juga dihitung dari pemakanan yang kita ambil. Metabolisma menghasilkan air untuk tubuh badan kita. Akan tetapi jumlahnya akan bergantung dengan usia, jantina dan keaktifan diri anda. Catatan yang pernah dijalankan oleh pakar pemakanan mencatatkan, 40 - 50 ml air diperlukan untuk 1 kg berat badan. InsyaAllah tubuh badan akan sihat dan berfungsi dengan baik.


![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/t24_au_en_usoz_2.gif)
Post a Comment