AlhamduliLlah, sempat juga menjengah buku tulisan Muhammad At-Thahali Ar-Roawi yang bertajuk "Halal & Haram Pengertian &Tuntutan".
Saya telah membaca satu dari puluhan tajuk kecil yang membincangkan hal yang dilarang dan diharamkan di dalam toharah (bersuci).
Beliau menulis agar kita sebagai Muslim sentiasa mengikuti sunnah Nabi saw. Kita amat beruntung sebab Allah telah memberikan contoh tauladan kepada kita semua. Jadi amat rugi kiranya kita mengabaikan begitu sahaja segala sunnah Nabi saw. Antara sunnah Nabi saw ialah melarang kita menyentuh kemaluan dengan tangan kanan. Mudah cerita, bila bercebok usah guna tangan kanan, gunalah tangan kiri.
Sabda Nabi saw : "Dari abi Qatadah r.a. Ia berkata Rasulullah saw bersabda; "Apabila seseorang dari kamu membuang air , janganlah menyentuh kemaluanmu dengan tangan kanan, jangan pula bersuci dengan tangan kanan itudan janganlah pula bernafas di dalam bekas waktu minum" Riwayat Bukhari.
Tip untuk kesihatan juga menyatakan usah bernafas ketika minum. InsyaAllah anda akan sihat senantiasa... Amin Ya Robb...


![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/t24_au_en_usoz_2.gif)
Post a Comment