Impian dan cita-cita ada pada setiap jiwa manusia yang hidup. Namun berapa ramai yang berjaya mencapainya? Bancian telah dibuat oleh beberapa tokoh ilmuan menyatakan, hanya sedikit sahaja yang berani mengejar dan memperolehinya serta menjadikan sebuah pencapaian di dalam hidup. Berapa ramai orang yang kehilangan semangat dalam hidupnya? Semua ini kerana disebabkan mereka tidak tahu apa yang sebenarnya mereka mahu atau inginkan di dalam hidup. Jadi apa sebenarnya yang diinginkan oleh semua orang. Ubahlah rutin perjalanan hidup kepada yang luar biasa. Yang sudah itu sudah, bina perjalanan hidup yang baru.
Saya pernah ditanya oleh seorang hamba Allah. Ketika itu saya sedang menunggu giliran untuk memotong rambut. Soalan itu dilontarkan oleh tokeh kedai gunting rambut tersebut; Ada atau tidak formula untuk membangkitkan semangat dalam diri? Bila saya mendengar soalan tersebut, saya terkedu sejenak. Mana tidak! Seorang tukang gunting rambut, tetapi jiwanya mempunyai visi dan misi yang sangat jauh.
Mengapa dia bertanya begitu? Beliau menjelaskan kepada saya tentang sebuah hadith yang pernah dibaca di dalam sebuah kitab, maksud hadith tersebut ialah:
"Beramallah untuk duniamu seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya, dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah engkau akan mati esok hari"
Jadi adakah dengan adanya hadit tersebut, akan menyebabkan umat Islam merasa cukup dengan apa yang ada atau bersikap pesimis terhadap hadith tersebut. Menjadikan sifat dan semangat juang menurun. Lantaran dari keadaan tersebut cita-cita dan impian lenyap sama naik dengan wap air ke ruang angkasa. Ini pemahaman yang salah dan perlu diperjelaskan kepada seluruh masyarakat Islam khususnya di negara ini, amnya di seluruh dunia.
Saya menjelaskan sedikit sebanyak tentang persoalan yang dilontarkan oleh sahabat ini. Saya menjelaskan kepada beliau bahawa kita kena memakmurkan dunia ini dengan acuan Islam. Disamping itu plan untuk hidup di dunia akhirat tidak boleh diabaikan. Oleh itu, aturkan keseimbangan agar hidup dalam keadaan tenang dan tenteram. Seiringkan amal dan usaha kita dengan niat yang ikhlas kerana Allah. Agar semua amal dan usaha kita itu dikira sebagai ibadah dan beroleh pahala. Itulah kewajipan kita kepada-Nya. Jadi fahami dengan jelas apa yang perlu dalam hidup, agar hidup dalam keadaan yang sentiasa bahagia dan optimis. Hal ini sangat bersesuaian dengan kehendak Islam.
Kullu 'am wa antum bil khair... "Taqobalallah minna wa mingkum..."


![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/t24_au_en_usoz_2.gif)
Post a Comment