Sempena bulan Syawal yang penuh dengan kemuliaan dan biasan fitrah. Ayuh kita tingkatkan iltizam dengan sifat atau akhlak mahmudah (baik). Sebagai seorang Muslim, akhlak Islam adalah satu matlamat yang utama wajib dipraktikkan. Ukur dan telitilah diri anda kerana kejayaan pasti menjelma. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menjadi publik figure.
Beriltizam dengan selalu memperbanyakkan membaca dan membuat kajian. Zaman sains dan teknologi inilah merupakan zaman yang sangat memerlukan seorang individu yang menjiwai sifsat suka membaca. Kecapi nikmat hidup di era digital dan teknologi dengan sebaiknya. Tanpa mengetahui perkembangan dan peristiwa serta ilmu yang mantap, kita akan ketinggalan. Namun gunakan sebaiknya dalam mengatur sisa perjalanan hidup dengan sebaiknya. Menjadikan masyarakat dan keluarga di zaman serba moden lebih berperikemanusiaan dan bertamadun.
Ayuh telusuri kata Khulafa' Ar-Rosyidun Sayidina Umar ibn al-Khattab ra. menyatakan bait yang semua manusia wajib ambil kesedaran. Ungkapan kata-kata tersebut begini; “tafaqqohu qobla an ta suddu, fa in ashbahtum saadah fala sabilit tafaqquh”, maksudnya; carilah kefahaman dengan mendalami ilmu (belajar) sebelum menjadi pemimpin, jika sudah menjadi pemimpin maka tiada jalan untuk mencari ilmu . Pemimpin itu tidak tertumpu kepada negara atau masyarakat tetapi juga menjadi pemimpin di dalam sebuah keluarga (menjadi suami).
Tingkatkan sehabis baik nilai kesedaran dengan iltizam yang tinggi. Semua ini dilakukan bagi menjamin amal, tindakan dan hikmah sebagai satu bentuk keberanian. Disamping mampu berkorban demi menjamin kelangsungan kebahagiaan dan juga kemajuan di masa hadapan. Justeru, kehalusan budi dalam menggarap iltizam yang mantap bakal melahirkan peminpin masyarakat yang cintakan ketaatan dan juga akhlak al-Quran.
Ayuh kita mantapkan diri sempena biasan sirna fitrah rentetan dari madrasah Ramadan... Insaflah wahai diriku... "Allahumma ati nafsi taqwaha, wa zakkiiha, anta waliyyuha wa maulaha"


![[Most Recent Quotes from www.kitco.com]](http://www.kitconet.com/charts/metals/gold/t24_au_en_usoz_2.gif)
Post a Comment